2 Ogos 2012

Bicara Hidup

Hidup?? Bicara tentang hidup pasti terungkap seribu kata.. Namun bagiku hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita, bagi menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tapi tidak sanggup menerima penderitaan. kita beruntung diberi peluang hidup di Dunia. Yang ibarat pentas lakonan, kita adalah pelakonnya. Maka lakonkan sebaiknya agar hidup bahagia di dunia dan akhirat kelak.. Tiada insan suci yang mempunyai masa lampau Tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Kerna kita sentiasa muda untuk melakukan dosa, namun tidak pernah tua untuk bertaubat. Ingatlah!! Agama tidak pernah mengecewakan manusia, Hanya manusia yang mengecewakan agama.
Esok pasti ada tetapi belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah menghadapi esok yang pasti datang. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.. hargailah hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan